Posts

Showing posts from September, 2019

Perbedaan Arti Kata al-Tadhād dan al-Tanāqudh (التضاد dan التناقض)

Beza perkataan التضاد dan التناقض Kedua-dua perkataan ini membawa maksud berlawanan/bercanggah. Jadi apakah perbezaannya? 1- al-Tadhād التضاد : sesuatu yang berlawanan/bercanggah pada perbuatan. 2- al-Tanāqudh التناقض : sesuatu yang berlawanan/bercanggah pada perkataan. Wallahua'alam bi as-showab

Arti Kata Jamil (جميل)

Semua tahu bahawa perkataan جميل (jamil) bermaksud bagus / indah. Tapi bukan semua orang tahu yang perkataan جميل juga bermaksud 'Jasa baik /  Budi'. Contohnya : أنا لا أنسى جميله أبدا (Ana la ansa jamilahu abadan) Saya tidak lupakan jasa baiknya / jasanya sampai bila-bila. ناكر الجميل (Nakir al-jamil) Orang yang tidak kenang budi.  لست أنكر جميله ، ولكن ... (Lastu unkiru jamilahu, wa lakin...) Aku bukan tak kenang jasanya / menafikan jasa baiknya, tapi ... Wallahu a'alam bi as-showab

Perbedaan Arti Kata Mabruk dan Mubarak (مَبْرُوك dan مُبَارَك)

Perbedaan Arti Kata Mabruk dan Mubarak Sering kita dengar apabila seseorang ingin mengucapkan tahniah maka akan disebutkan ucapan 'mabruk'. Adakah ucapan ini menepati bahasa arab yang fasih? Mari kita perhatikan. 1. Perbezaan antara perkataan مَبْرُوك dan perkataan مُبَارَك. Perkataan مَبْرُوك ialah  اسم مفعول (objek daripada perbuatan pembuat) daripada asal perkataan بَرَكَ. بَرَكَ - يَبرُك - بُرُوكًا - هو بَارِك - مَبْرُوك. Perkataan بَرَكَ bermaksud; menundukkan atau mendudukkan binatang (unta). 2. Manakala perkataan مُبارَك berasal daripada perkataan بَارَك. بَارَك - يُبَارِك - مُبَارَكَةً - مُبَارِك - مُبارَك. Perkataan مبارك ataupun بارك bermaksud kebahagian, pertambahan nikmat dan keberkatan, keredhaan. 3. Apa yang tepatnya ialah apa ingin mendoakan seseorang kita menyebut مُباَرَك atau menyebut بَارَك bukannya مَبروك. 4. Diriwayatkan banyak doa yang menggunakan lafaz بَارَك. ”بَارَك الله لكما “ ” و بارِك على محمد و على آل محمد “ ”بارك الله ...